SENI BAHASA (NYANYIAN)
Apakah itu nyanyian ?? 💘 🌱Daripada Kamus Dewan edisi keempat, nyanyian membawa maksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Dalam nyanyian, kita perlu memahami unsur seni dalam lagu supaya dapat mempraktikkannya ketika belajar. Melalui nyanyian, kita akan memudahkan lagi proses pembelajaran kerana melodi yang dialunkan akan membuatkan seseorang itu lebih mudah mengingati sesebuah perkataan melalui bait bait lagu tersebut.Pelajar akan lebih mudah menyebut, memahami dan menghayati sesebuah perkara yang ingin disampaikan apabila disertakan dengan muzik. Sebagai contoh ; Cerita ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan i