SENI BAHASA (PERIBAHASA)

Peribahasa merupakan salah satu keindahan Bahasa Melayu yang telah diamalkan sejak dari zaman dahulu. Peribahasa merupakan hasil dari pemikiran dan kehalusan pemerhatian orang dahulu pada persekitaran mereka. Peribahasa merupakan identiti orang Melayu. Namun, penggunaaannya di zaman kini, tidak lagi ditekankan. Umum sedia maklum, peribahsa ialah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Terdapat lima jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, dan perbilangan. Antara cara untuk menguasai peribahasa ialah dengan melakukan amali dan menerapkannya dalam perbualan dan percakapan.
Antara pendekatan yang boleh dilakukan oleh guru ialah :
  •        Kerja kumpulan menggunakan kertas mahjung dan menyenaraikan peribahasa beserta dengan maksudnya.
  •       Sediakan sudut Bahasa Melayu dan laksanakan program “ Satu Hari Satu Peribahasa”.
  •        Mengadakan kuiz secara berkala, seperti sebulan sekali.
  •          Mengesyorkan penggunaan peribahasa dalam karangan Bahasa Melayu.















Antara cara lain untuk membuatkan sesi pengajaran lebih menarik ialah menggunakan kuiz atas talian:


https://quizizz.com/admin/quiz/57999d8242cd762248fa8929/bahasa-melayu-peribahasa







Disediaan oleh Arfah Nasuha.


Rujukan :


Aflah Future Enterprise. (2018). Himpunan Peribahasa. Dicapai pada 4 September 2019, daripada https://www.sistemguruonline.my/2018/02/himpunan-peribahasa-yang-ter dapat-dalam-buku-teks-     kssr-bahasa-melayu-tahun-4-5-dan-6.html

Cikgu Idham. (2019). Asal usul Peribahasa. Dicapai pada 4 September 2019 , daripada https://www.scribd.com/doc/47462207/Asal-usul-Peribahasa
     








Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN SENI BAHASA

SENI BAHASA (NYANYIAN)

SENI BAHASA (SENI KATA LAGU)