SENI BAHASA (NYANYIAN)
Apakah itu
nyanyian??💘
🌱Daripada Kamus Dewan edisi
keempat, nyanyian membawa maksud gubahan muzik yang dilagukan dengan suara.
Dalam nyanyian, kita perlu memahami unsur seni dalam lagu supaya dapat
mempraktikkannya ketika belajar. Melalui nyanyian, kita akan memudahkan lagi
proses pembelajaran kerana melodi yang dialunkan akan membuatkan seseorang itu lebih
mudah mengingati sesebuah perkataan melalui bait bait lagu tersebut.Pelajar
akan lebih mudah menyebut, memahami dan menghayati sesebuah perkara yang ingin
disampaikan apabila disertakan dengan muzik.
Sebagai contoh ;
Cerita ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.
Moral daripada kisah berlagu ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam masyarakat, setiap individu dari sekecil-kecilnya sehinggalah ke sebesar-besarnya sewajarnya melihat keupayaan, kelemahan, peranan, kemampuan serta upaya bertindak masing-masing. Tegasnya, setiap kita hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum sewenang-wenangnya menuding jari. Kita perlu mencari apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan dan dilakukan secara bersama dalam rakan pasukan.
Secara sinisnya, ‘bangau’ hendaklah belajar menangkap ikan dalam keadaan rumput yang panjang kerana itu memang kerjanya. Jangan salahkan rumput yang panjang! Sepatutnya kalau ditanya, “Oh bangau, kenapa kau kurus? Bangau tak sepatutnya menyalahkan ikan tak timbul. Bukannya ikan yang perlu datang sendiri kepadanya. Bangau sendiri yang patut berusaha mendapatkan ikan itu. Begitu juga bagi lembu yang sakit perut, jangan disalahkan nasi yang mentah, kerana itulah risiko yang terpaksa ditanggungnya apabila makan tanpa usul periksa.
Dalam masyarakat atau organisasi memang terdapat golongan yang apabila berhadapan dengan masalah sering menyalahkan orang lain. Misalnya apabila seseorang anak itu ditangkap kerana sesuatu masalah yang dilakukannya maka dengan pantas kita menyalahkan ibu-bapanya. Bila ditanyakan kepada ibu bapa, dikatakan itu semua salah guru yang mengajar anak mereka dan ia akan terus tuding menuding yang ada kalanya tidak akan membantu menyelesaikan masalah. Masing-masing cuba menegakkan benang basah dengan pelbagai macam helah bela diri masing-masing. Memang satu perkara yang lumrah, memang mudah menyalahkan orang lain daripada kita muhasabah diri sendiri apabila berlaku sesuatu masalah.
Sekiranya budaya menuding jari begini berterusan, sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai. Inilah bahananya apabila kita sering menyalahkan pihak lain. Kenapa jadi bodoh, guru tidak pandai mengajar. Kenapa malas, sebab orang lain pun malas juga. Inilah sifat orang yang reaktif. Dan inilah antara sifat yang ada dalam masyarakat kita. Lihat sahaja masalah sosial di kalangan remaja, masing-masing menuding jari kepada orang lain. Menyalahkan ibu bapa, guru, kerajaan dan sebagainya, itulah yang sering kita dengar. Sedangkan kita tidak sedar 1 jari kita menuding kepada pihak lain, 4 jari lari sebenarnya menuding kepada diri kita sendiri.
Seperti yang terlihat jelas, bahawa mesej yang hendak disampaikan dalam teks diatas kurang memberangsangkan , perbezaannya bakal dapat dilihat sekiranya
menggunakan seni bahasa lagu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas ;
🌱 Melalui cara ini, murid akan lebih bersemangat dan dapat memahami sedikit sebanyak tentang perkara sebenar yang guru ingin sampaikan. Bukan itu sahaja, guru-guru juga boleh meningkatkan lagi semangat anak anak pelajar dengan mengadakan dengan pertandingan nyanyian sama ada dalam peringkat sekolah mahupun sekadar peringkat kelas. Berikut adalah contoh bagaimana seorang guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mereka dengan cara yang kreatif iaitu melaksanakan pertandingan menyanyi ;
🌱Nyanyian mempunyai seni bahasa yang sangat tinggi. Hal ini dikatakan begitu kerana membina sebuah lagu bukanlah menyalin atau menulis semula semua perkara yang ingin disampaikan, akan tetapi sebuah lagu akan digubal dengan sehabis ringkas.Melodi merupakan elemen penting dalam muzik.
🌱Menurut
definisi yang diberikan oleh Oxford Concise Dictionary of Music, melodi
bermaksud suatu susunan not yang mengandungi pelbagai pitch yang tersusun dan
mempunyai bentuk (Kennedy, 1996, p. 469) yang boleh dikenalpasti. Setiap melodi
harus mempunyai dua karakter asas, iaitu pitch dan duration. Melodi harus
bergerak secara naik-turun dan ke hadapan (Erickson, 1975, p. 15). Selain
melodi, harmoni juga adalah elemen yang sama penting dalam sesebuah muzik
✅Walaubagaimanapun, Malaysia tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran yang unik seperti ini. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai lagu lagu rakyat untuk dipertontonkan kepada generasi muda sebagai hiburan dan juga secara tidak langsung dijadikan sebagai pendidikan mereka.
💚FUNGSI LAGU RAKYAT:
• Mendidik dan memberi nasihat
• Hiburan
• Sindiran
• Mendidik dan memberi nasihat
• Hiburan
• Sindiran
LAGU RAKYAT & TRADISIONAL - Lenggang Kangkung
Biasanya, lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun suasana semasa di Kawasan tersebut. Lagu biasanya akan dinyanyikan semasa bermain, mendodoikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan didendangkan secara berkumpulan oleh anak anak dara sunti dan kanak kanak Melayu. Antara lagu lagu rakyat masyarakat Melayu yang popular sehingga kini ialah Ayam Den Lapeh, Anak Itik Tokwi, Can Mali Can, Jong Jong Inai, Rasa Sayang, Tepuk Amai Amai, Bangau oh Bangau dan Enjit Enjit Semut. Merupakan satu daripada seni warisan yang melambangkan hasil kreatif daripada pujangga silam yang tinggi nilainya.
Lagu Kanak Kanak Melayu Malaysia - IKAN KEKEK
Disedikan oleh Izzati Maisarah
RUJUKAN
Aries Music Kids
Channel. (2015). Bangau Oh Banga.
Dicapai pada 28 Ogos 2019, daripada https://youtu.be/uY1G-vOTziA
Kamus Dewan edisi
keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
MF Zamani. (2014). Transkripsi dan analisis melodi gurindam
terikat. Dicapai pada 30 Ogos 2019, daripada http://studentsrepo.um.edu.my/6096/1/RGI_
120001 _Mohd_ Fairuz _ bin_Zamani-_Transkripsi_Dan_ Analisis_Melodi_ GurindamTerikat_(
Abstrak%2C _ Isi_Kandungan%2C_Glossari%2C_Senarai_Lampiran%2C_Penghargaan).pdf
Wikipedia. Senarai lagu rakyat masyarakat Melayu. (t.t).
Dicapai pada 30 Ogos 2019, daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Senarai_lagu_rakyat_masyarakat_Melayu
How to play slots for money at casinos - Dr.MCD
ReplyDeleteOnline slot machines are often 부천 출장샵 referred 전라북도 출장마사지 to as "reel" machines, These machines allow you to 양주 출장마사지 play your favorite 원주 출장안마 slot machines from your desktop or 삼척 출장마사지