SENI BAHASA (SENI KATA LAGU)

"Lagu adalah sejenis muzik yang diciptakan dengan seni kata. Tanpa seni kata lagu tidak membawa sebarang erti. Begitu juga kata-kata yang ditulis tanpa dipadankan dengan melodi tidak ada beza dengan sebuah sajak. Ia berbeza dengan muzik seriosa yang perasaannya dijelma dan ditimbulkan oleh nada dan harmoni dalam setiap instrumen dalam muzik tersebut (Peterik et al, 2002)" dalam Azam 2013.


🌱Seni kata lagu amatlah penting dalam sesebuah lagu kerana akan menggambarkan keseluruhan lagu tersebut. Pada kebiasaannya, pelajar akan lebih mudah tertarik pada seni kata lagu yang mudah berbanding yang terlalu tersirat.

🌱Nyanyian adalah syair yang dilafazkan dengan nada, ritme, irama, dan melodi yang sesuai sehingga membentuk harmoni. Nyanyian sering juga disebut sebagai lagu yang bererti gubahan seni nada atau suara dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal (biasanya diiringi dengan alat musik) untuk menghasilkan gubahan musik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan  (mengandung irama). Dan ragam nada atau suara yang berirama disebut juga dengan lagu. Bernyanyi adalah melafalkan syair sesuai nada, ritme, dan melodi tertentu hingga membentuk harmoni.

Antara contoh lagu lagu yang mempunyai seni kata yang mudah adalah

Lagu Lompat Si Katak Lompat


Lagu Pengorbanan Guru

🌱Seni kata lagu yang mudah akan memudahkan pelajar untuk membina lagu mereka sendiri. Hal ini kerana, mereka dapat menggunakan lagu sebagai alat belajar yang menarik.

Antara contoh seni lagu yang ringkas dan mudah untuk direka ialah ;


1. "TANYA SAMA POKOK"

TANYA SAMA POKOK,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB POKOK,
ANGIN YANG GOYANG
,
TANYA SAMA ANGIN,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB ANGIN,
TANYALAH AWAN.

AWAN NANTI KATA,
AKU KANDUNG AIR,
SAMPAI TEMPAT TEDUH,
AKU PUN CAIR,

LIHAT DALAM AIR,
NAMPAK BAYANG-BAYANG,
CAMPAK SATU BATU,
BAYANG PUN HILANG.

2. "RAMA-RAMA"

DARI ULAT JADI KEPOMPONG,
TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,

RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,

BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.

"KERETA KECIL"

BAPAKU PULANG DARI KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA MERAH,
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,

PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,
KERETA KECIL KU BERBUNYI,
MARILAH ADIK MARI NAIK,
BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.

🌱Pelajar boleh juga mengasah minda mereka dengan menggunakan aplikasi permainan untuk memperkukuhkan lagi ingatan mereka dalam seni kata lagu 


Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, seni kata lagu yang ringkas dan menarik dapat memudahkan lagi seseorang pelajar mencipta lagu dan memahami lagu tersebut.




Disedikan oleh Izzati Maisarah.

 RUJUKAN


Mawar berduri. (2012). Terima Kasih Cikgu Najwa Latif feat Upin Ipin. Dicapai pada 30 Ogos 2019 daripada https://www.youtube.com/watch?v=NIWJkLdtz4s

Lagu kanak tv. (2018). Lagu kanak kanak Malaysia lompat si katak lompat. Dicapai pada 30 Ogos 2019 daripada https://www.youtube.com/watch?v=T7ZFb_Rw0Io

Mohd Azam bin Sulong. (2013). Analisis Melodi dan Seni Kata Lagu Terbaik Industri Muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura tahun 2013. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Sabariah Binti Ghani. (2011). Lirik lagu kanak kanak. Dicapai pada 30 Ogos 2019 daripada http://sabariahghani.blogspot.com/search/label/LIRIK%20LAGU


Veny Iswantiningtyas. (2016). Strategi menciptakan lagu komersil untuk pembelajaran anak usia dini. Universitas Nusantara PGRI Kediri.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN SENI BAHASA

SENI BAHASA (NYANYIAN)