SENI BAHASA (SAJAK)



SAJAK

1.0 Maksud Puisi dan Sajak
  • Di dalam Kamus Dewan (1989:989) puisi di definisikan sebagai sebuah karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan sebagainya.                                                                                       
    Puisi dikategorikan kepada dua jenis iaitu puisi tradisional dan puisi moden.

  • Dalam topik Seni Bahasa Tahun 4, kita akan lebih fokuskan pada sajak. Sajak dikategorikan di bawah puisi moden.
  • Sajak merupakan puisi moden karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya jika dibandingkan dengan pantun dan syair

2.0 Ciri-Ciri Sajak
  • Gambar rajah di bawah menerangkan tentang ciri-ciri sajak.

Ciri-ciri sajak.

  • Di dalam sesebuah sajak itu terdapat bentuk dalaman dan juga bentuk luaran.
  • Bentuk dalaman bersifat abstrak iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran seseorang penyair itu terhadap mesej yang ingin disampaikan.
  • Bentuk luaran pula ialah sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susunan baris dalam rangkap, susunan atau jumlah perkataan dalam baris dan susunan rima di hujung baris dalam rangkap.

3.0 Jenis Puisi
  • Jenis puisi bergantung pada cara penyajian atau penyampaiaanya.
Jenis penyampaian puisi.

4.0 Nada

  • Nada ialah alunan lembut, keras, rendah atau tinggi yang terhasil daripada pelbagai jenis bunyi dalam sesebuah sajak. 
  • Nada amat penting dalam menyampaikan perasaan, pemikiran dan sikap penyair yang ditunjukkan dalam sesebuah sajak.
 i)  Protes :          Nada ini hasil daripada hasil perasaan marah pengarang yang ingin melawan dan                                   melahirkan rasa yang tidak puas hati terhadap sesuatu atau situasi.
ii)  Sinis :            Nada ini dihubungkan dengan pengarang yang tidak senang dengan sesuatu atau                                   situasi.
iii) Melankolik : Nada ini terhasil daripada perasaan sedih dan pilu pengarang dalam karyanya.
iv) Romantis :     Nada ini menggambarkan perasaan rindu dan tenang ketika menyayangi dan                                         mengasihi sesuatu.


                                            https://www.youtube.com/watch?v=HMMmAwYVGbs

Disediakan oleh Farzana



Bibliografi:

S Abu Bakar. (2009). Bab 4 – UM Students’ Repository. Dicapai pada 5 September 2019, daripada
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof & Mohd Ra’in Shaari. (2006). Bahasa Melayu: Dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.


Teratai Atma. (2015). Johan sajak peringkat kebangsaan SKK 2015. Dicapai pada 4 September 2019, daripada https://www.youtube.com/watch?v=HMMmAwYVGbs&t=24s





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGENALAN SENI BAHASA

SENI BAHASA (NYANYIAN)

SENI BAHASA (SENI KATA LAGU)