BAHAN SASTERA : GUBAHAN CERITA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, cerita didefinisikan sebagai kisah, riwayat, karangan atau lakonan yang mengisahkan peristiwa.
Terdapat pelbagai faedah bercerita yang akan pelajar perolehi:

🌱Melalui sketsa mahupun bercerita, murid dapat memahami falsafah Rukun Negara dalam memupuk semangat jati diri, cinta akan negara, mengamalkan nilai-nilai murni dan perpaduan kaum. Sebagai contohnya, murid menghormati arahan ketua dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Secara tidak langsung, pengalaman murid juga akan bertambah.


Sebagai contoh , pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan bercerita dikalangan murid



🌱Para guru boleh mengajar pelajar untuk bercerita sejak seawal berumur 5 tahun dengan menggunakan cerita cerita mudah untuk diingati.
🌱Pada kebiasaannya, pelajar yang berusia muda akan lebih mengingat cerita yang ringkas dan menarik
🌱Disebabkan itu, guru perlulah mengajar pelajar bercerita bermula daripada cerita yang ringkas.


Sebagai contoh;


Cerita yang sebegini bukan sahaja dapat memahamkan pelajar yang berusia muda untuk memahaminya. Pelajar juga sedikit sebanyak dapat merungkai nilai murni yang terdapat dalam cerita ini


Secara tidak langsung, hal ini dapat memudahkan pelajar untuk mencipta ceritanya sendiri dengan mudah apabila seorang guru, mendidik pelajarnya menggunakan cerita yang mudah terlebih dahulu. 



Disediakan oleh Izzati Maisarah.


RUJUKAN


Faizah Jalal & Ani Omar. (2014). Aktiviti Lakonan Murid bagi Pemupukan Nilai Murni dan Perpaduan Kaum: Analisis di Pekan, Pahang. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Comments

Popular posts from this blog

PENGENALAN SENI BAHASA

SENI BAHASA (NYANYIAN)

SENI BAHASA (SENI KATA LAGU)