Posts

BAHAN SASTERA : GUBAHAN CERITA

Image
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, cerita  didefinisikan sebagai kisah, riwayat, karangan atau lakonan yang mengisahkan peristiwa. Terdapat pelbagai faedah bercerita yang akan pelajar perolehi: 🌱Melalui sketsa mahupun bercerita, murid dapat memahami falsafah Rukun Negara dalam memupuk semangat jati diri, cinta akan negara, mengamalkan nilai-nilai murni dan perpaduan kaum. Sebagai contohnya, murid menghormati arahan ketua dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Secara tidak langsung, pengalaman murid juga akan bertambah. Sebagai contoh , pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan bercerita dikalangan murid 🌱Para guru boleh mengajar pelajar untuk bercerita sejak seawal berumur 5 tahun dengan menggunakan cerita cerita mudah untuk diingati. 🌱Pada kebiasaannya, pelajar yang berusia muda akan lebih mengingat cerita yang ringkas dan menarik 🌱Disebabkan itu, guru perlulah mengajar pelajar bercerita bermula daripada cerita yang ringkas. Sebagai contoh; Cerita
BIBLIOGRAFI             Aries Music Kids Channel. (2015).  Bangau Oh Banga . Dicapai pada 28 Ogos 2019 daripada  https://www.youtube.com/watch?v=uY1G-vOTziA Kamus Dewan edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.     Mawar berduri. (2012).  Terima Kasih Cikgu Najwa Latif feat Upin Ipin . Dicapai pada 30 Ogos 2019 daripada  https://www.youtube.com/watch?v=NIWJkLdtz4s Mohd Azam bin Sulong. (2013).  Analisis melodi dan seni kata lagu terbaik industri muzik Malaysia, Indonesia dan Singapura tahun 2013 . Universiti Pendidikan Sultan Idris SK Meru Jalan Tap. (2017).  Pertandingan lagu nilai nilai murni 2017.  Dicapai pada 28 Ogos 2019 daripada  https://www.youtube.com/watch?v=tyYZpt2GR9Y Veny Iswantiningtyas. (2016).  Strategi menciptakan lagu komersil untuk pembelajaran anak usia dini.  Universitas Nusantara PGRI Kediri. MF Zamani. (2014).  Transkripsi dan analisis melodi gurindam terikat . Dicapai pada 30 Ogos 2019 daripada  http://studentsr

SENI KHAT

Image
 Seni khat sebenarnya adalah satu kesenian tulisan yang berasal dari empayar Mesir Kuno. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi lebih cantik selepas kedatangan Islam sehingga lahir seni dan gaya disebut sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat Thulus, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat Kufi, dan Khat Di wani. tulisan khat yang paling mudah untuk dibaca ialah khat nasakh :                  contoh khat nasakh. Seni khat juga merupakan salah satu perkara yang berkait rapat dengan orang Melayu kerana orang Melayu turut menggunakan tulisan jawi ketika zaman bahasa Melayu Klasik. Video penulisan khat nasakh  Dalam seni khat, latihan dan bakat adalah perkara yang penting. Dengan latihan, skill penulisan akan lebih baik dari hari, ke hari. Cara untuk menarik perhatian murid tentang seni khat ialah dengan memasukkan sedikit unsur-unsur persaingan seperti mengadakan pertandingan menulis peribahasa dalam tulisan khat. Jika ingin

SENI BAHASA (SENI KATA LAGU)

Image
"Lagu adalah sejenis muzik yang diciptakan dengan seni kata. Tanpa seni kata lagu tidak membawa sebarang erti. Begitu juga kata-kata yang ditulis tanpa dipadankan dengan melodi tidak ada beza dengan sebuah sajak. Ia berbeza dengan muzik seriosa yang perasaannya dijelma dan ditimbulkan oleh nada dan harmoni dalam setiap instrumen dalam muzik tersebut (Peterik et al, 2002)" dalam Azam 2013. 🌱S eni kata lagu amatlah penting dalam sesebuah lagu kerana akan menggambarkan keseluruhan lagu tersebut. Pada kebiasaannya, pelajar akan lebih mudah tertarik pada seni kata lagu yang mudah berbanding yang terlalu tersirat. 🌱 Nyanyian adalah syair yang dilafazkan dengan nada, ritme, irama, dan melodi yang sesuai sehingga membentuk harmoni. Nyanyian sering juga disebut sebagai lagu yang bererti gubahan seni nada atau suara dalam urutan, kombinasi, dan hubungan temporal (biasanya diiringi dengan alat musik) untuk menghasilkan gubahan musik yang mempunyai kesatuan dan kesinambungan  

SENI BAHASA (SAJAK)

Image
SAJAK 1.0 Maksud Puisi dan Sajak Di dalam Kamus Dewan (1989:989) puisi di definisikan sebagai sebuah karangan yang berbentuk sajak, syair, pantun dan sebagainya.                                                                                        Puisi dikategorikan kepada dua jenis iaitu puisi tradisional dan puisi moden. Dalam topik Seni Bahasa Tahun 4, kita akan lebih fokuskan pada sajak. Sajak dikategorikan di bawah puisi moden. Sajak merupakan puisi moden karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya jika dibandingkan dengan pantun dan syair 2.0 Ciri-Ciri Sajak Gambar rajah di bawah menerangkan tentang ciri-ciri sajak . Ciri-ciri sajak. Di dalam sesebuah sajak itu terdapat bentuk dalaman dan juga bentuk luaran. Bentuk dalaman  bersifat abstrak iaitu cara persembahan perasaan dan pemikiran seseorang penyair itu terhadap mesej yang ingin disampaikan. Bentuk luaran pula ialah sifat-sifat binaan yang dapat dilihat dengan jelas termasuk susun

SENI BAHASA (NYANYIAN)

Image
Apakah itu nyanyian ?? 💘 🌱Daripada Kamus Dewan edisi keempat, nyanyian membawa maksud gubahan muzik yang  dilagukan dengan suara. Dalam nyanyian, kita perlu memahami unsur seni dalam lagu supaya dapat mempraktikkannya ketika belajar. Melalui nyanyian, kita akan memudahkan lagi proses pembelajaran kerana melodi yang dialunkan akan membuatkan seseorang itu lebih mudah mengingati sesebuah perkataan melalui bait bait lagu tersebut.Pelajar akan lebih mudah menyebut, memahami dan menghayati sesebuah perkara yang ingin disampaikan apabila disertakan dengan muzik. Sebagai contoh ;  Cerita ini mengisahkan bangau, rumput, kayu, hujan dan lain-lainnya, yang masing-masing menyalahkan satu sama lain apabila terdapat kelemahan pada diri sendiri. Sikap salah-menyalahkan itu bermula daripada bangau sehinggalah berhenti kepada ular. Ular sahaja yang mengaku kesalahannya. Jika tidak, ada kemungkinan lagu atau kisah ini akan meleret-leret panjangnya. Pastinya, sikap salah-menyalahkan i

SENI BAHASA (PERIBAHASA)

Image
Peribahasa merupakan salah satu keindahan Bahasa Melayu yang telah diamalkan sejak dari zaman dahulu. Peribahasa merupakan hasil dari pemikiran dan kehalusan pemerhatian orang dahulu pada persekitaran mereka. Peribahasa merupakan identiti orang Melayu. Namun, penggunaaannya di zaman kini, tidak lagi ditekankan. Umum sedia maklum, peribahsa ialah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud berkias, berlapik dan tersirat. Terdapat lima jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah, dan perbilangan. Antara cara untuk menguasai peribahasa ialah dengan melakukan amali dan menerapkannya dalam perbualan dan percakapan. Antara pendekatan yang boleh dilakukan oleh guru ialah :         Kerja kumpulan menggunakan kertas mahjung dan menyenaraikan peribahasa beserta dengan maksudnya.       Se diakan sudut Bahasa Melayu dan laksanakan program “ Satu Hari Satu Peribahasa”.         Mengadakan kuiz secara berkala, seperti s